Utusam Malaysia
23/5/2015
KUALA
LUMPUR 23 Mei – Kira-kira 5,000 kakitangan awam berjawatan tetap yang
‘makan gaji buta’ kini berada dalam radar Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) untuk ditamatkan perkhidmatan jika tidak berubah selepas diberi
tempoh enam bulan
Kumpulan
itu dikenal pasti terpalit dengan pelbagai masalah disiplin antaranya
ponteng kerja selama 200 hari dalam setahun, datang lewat ke pejabat,
terlibat dengan perniagaan serta hilang fokus sehingga penilaian
prestasi mereka berada di bawah 60 peratus.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali
Hamsa ketika mengesahkan perkara itu berkata, tindakan tegas tersebut
perlu diambil selari dengan pelan transformasi perkhidmatan awam kerana
tidak adil untuk jabatan terus mengekalkan mereka yang hanya ‘makan gaji
buta’.
Bagaimanapun katanya, sebelum ditamatkan
perkhidmatan, kumpulan kakitangan awam yang bermasalah tersebut akan
diberi peluang untuk memperbaiki prestasi kerja masing-masing dalam
tempoh enam bulan terlebih dahulu sebelum penyingkiran dibuat jika masih
tidak berubah.
“Kita bukan hina penjawat awam, ini
untuk kebaikan penjawat awam tersebut dan juga jabatan. Mereka tak
fokus, terlibat dengan perniagaan, ponteng kerja dan macam-macam lagi.
Orang macam ini saya rasa kita tidak perlu pertahankan untuk kita bayar
gaji buta.
“Jumlah 5,000 bukan angka mengejutkan
kerana keseluruhan penjawat awam 1.61 juta tetapi kita akan panggil
mereka untuk diberi latihan. Tapi kalau mereka masih tak mahu tolong
diri sendiri kita tak dapat berbuat apa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang
akhbar selepas perasmian Hari Terbuka Strategi Lautan Biru Kebangsaan
(NBOS) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Ali berkata demikian ketika diminta
mengulas dasar pemisah personal berprestasi rendah bagi penjawat awam
yang diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Rancangan Malaysia
Ke-11 (RMK-11) dalam usaha mentransformasi perkhidmatan awam.
Kepada soalan apa reaksi Kongres
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung
langkah tersebut, beliau berkata, sesi perbincangan mengenai perkara itu
sudah dilakukan sebelum ini dan kesatuan tersebut melahirkan
persetujuan.
Beliau dalam nada yang tegas juga
menjelaskan, tindakan yang akan diambil ke atas kakitangan awam
bermasalah itu bukan bertujuan mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam
kerana pengambilan baharu tidak akan dibekukan bagi menggantikan mereka
yang bersara.
“Kita memberi jaminan tiada langkah
mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam kerana pengambilan baharu akan
tetap dibuat bagi menggantikan kakitangan yang bersara berjumlah 25,000
setahun, cuma perjawatan baharu sahaja yang dibekukan,” katanya
- See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/amaran-ksn-5-000-staf-awam-makan-gaji-buta-disingkir-1.95065#sthash.x2kWj41V.dpuf
No comments:
Post a Comment