Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, langkah itu boleh menjejaskan peluang generasi muda untuk menyertai perkhidmatan awam.

“Saya minta JPA melihat semula pembekuan itu kerana ia memberikan persepsi negatif kepada kerajaan.

“Pekerja
yang bersara, berhenti dan meninggal dunia perlu diganti kerana jika
tidak, ia akan mengganggu proses perkhidmatan sesebuah jabatan,”
katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang
akhbar selepas majlis Perhimpunan Hari Pekerja peringkat negeri di
Politeknik Seberang Perai yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.


Yang
turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi
Tuanku Jaafar dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau
Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.


Azih
mengulas laporan sebuah portal berita tentang JPA yang kini mengawal
jumlah perjawatan bagi semua kementerian dan jabatan bermula 22 April
lalu.


Sementara
itu, Azih berkata, beliau tidak menerima pekeliling kerajaan berkenaan
perkara tersebut dan jika betul, beliau berharap ia hanya bersifat
sementara.


“Mungkin terlalu ramai kakitangan
awam sekarang dan dalam masa yang sama kerajaan mahu kawal pengambilan
pekerja agar tidak melebihi waran perkhidmatan 1.7 juta yang
ditetapkan,” katanya.