Utusan Malaysia
16 April 2015 3:54 PM
JOHOR
BAHARU 16 April - Terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih
menerima gaji serendah RM805 sebulan, kata Presiden Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.
Beliau berkata, mereka yang menerima gaji
sedemikian kebanyakannya adalah pembantu am dan pemandu yang masuk ke
perkhidmatan awam menggunakan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
"Yang menerima gaji minimum itu ialah golongan
pelaksana dan mereka adalah rakyat serta aset kepada kerajaan dan
negara. Jika aset ini tidak dijaga, kita bimbang mereka terkesan dan
tidak dapat menumpukan sepenuhnya jiwa dan raga untuk meningkatkan
produktiviti.
“Selain
itu, mereka juga tidak akan dapat memberikan pendidikan yang baik
kepada anak-anak disebabkan kewangan yang tidak mencukupi, di samping
tidak mampu menanggung kos kesihatan yang kini meningkat 120 peratus,"
katanya.
Azih berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Penjawat Awam 2015 di sini hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas tuntutan CUEPACS yang mahukan kerajaan
menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35 peratus bagi menjadikan
RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum.
Azih
berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan
sewajarnya kepada permintaan tersebut memandangkan kos sara hidup kini
meningkat di kawasan bandar-bandar utama. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment