Tuesday, 28 April 2015

CUEPACS MAHU GAJI MINIMUM RM1.200



Kosmo











Seorang kakitangan awam merakam
gambar Azih (dua dari kiri) dan Mohamad Zabidi (tiga dari kiri) selepas
Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Taklimat Isu-Isu Semasa di CIDB,
Kuala Lumpur semalam.




KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) mahu kerajaan menetapkan gaji minimum penjawat awam
sebanyak RM1,200 sebulan berikutan peningkatan kos sara hidup yang
dihadapi mereka ketika ini.


Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu wajar dilaksanakan
segera memandangkan gaji minimum penjawat awam ketika ini berada di
bawah paras garis kemiskinan.


Justeru, beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dapat memberi khabar gembira kepada penjawat awam pada 1 Mei ini sempena
sambutan Hari Pekerja.


“Gaji minimum penjawat awam ketika ini bermula daripada RM805 sebulan
dan ia masih di bawah paras garis kemiskinan yang ditetapkan kerajaan
iaitu RM850.




No comments:

Post a Comment