Friday, 24 April 2015

KWSP BELAKANGKAN AHLI LEMBAGA


Kosmo Online
22/4/2015








































IBU Pejabat Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur tetap menerima kunjungan
pencarum meskipun badan berkanun itu berdepan kontroversi berhubung
cadangan melanjutkan had usia pengeluaran caruman penuh kepada 60 tahun.











KUALA LUMPUR – Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak pernah me­minta pandangan 15 ahli
lembaga badan berkanun itu berhubung cadangan untuk melanjutkan had umur
pengeluaran caruman kepada 60 tahun yang mendapat bantahan meluas
pencarum.


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, pihaknya kecewa kerana pengurusan
badan berkanun itu tetap mahu meneruskan cadangan tersebut tanpa
mendapat persetujuan ahli lembaga sedia ada terlebih dahulu.


Ahli lembaga KWSP terdiri daripada wakil kesatuan sekerja dalam
sektor awam dan swasta serta persatuan-persatuan majikan termasuk ahli
profesional yang berperanan untuk menjaga kepentingan pencarum KWSP yang
kini berjumlah melebihi 14 juta orang.


“KWSP ada sekali sahaja membentangkan cadangan itu kepada ahli
lembaga pada tahun lalu, namun tiada kata putus mahupun perbincangan
diadakan dengan kami.


“CUEPACS yang berada dalam lembaga itu tidak menyangka KWSP akan
mengumumkan cadangan tersebut kepada awam ketika ini. Sepatutnya
cadangan ini boleh dibincangkan terlebih dahulu di peringkat ahli
lembaga sama ada sesuai atau tidak dilaksanakan sebelum menjadi isu
besar kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


No comments:

Post a Comment