Friday, 24 April 2015

CUEPACS: KAJI SELIDIK KWSP TA RELEVAN



MalaysiaKini
22/4/2015










Kaji selidik secara dalam talian 'i-Akaun' yang diperkenalkan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendapatkan pandangan pencarum
berhubung cadangan penyelarasan umur pengeluaransimpanan ahlinya kepada
60 tahun adalah tidak relevan.



Sebaliknya, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata pertemuan secara
terbuka antara KWSP dengan pihak berkepentingan seperti pekerja dan
majikan adalah lebih sesuai.



"Hari ini dalam keadaan orang ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan
tersebut, KWSP tidak seharusnya memperkenalkan kaedah itu," katanya
dalam sidang media di ibunegara hari ini.



KWSP baru-baru ini meminta ahlinya menimbangkan dua cadangan -
melanjutkan umur pengeluaran penuh daripada 55 kepada 60 tahun secara
berperingkat dalam tempoh 15 tahun, atau mengekalkan umur pengeluaran 55
bagi simpanan sedia ada dan memperkenalkan umur pengeluaran baru pada
60 tahun bagi caruman mereka yang bekerja selepas usia 55 tahun.



Azih berkata pihaknya berpendirian tegas bahawa cadangan tersebut akan
menyebabkan bakal pesara lebih tertekan dengan komitmen sedia ada
seperti bayaran perumahan serta perbelanjaan lain.



Cuepacs turut mencadangkan supaya KWSP memberikan bonus kepada ahli yang
telah mencarum lebih dari 25 tahun bagi menambah simpanan mereka.



Dalam perkembangan lain, Azih meminta setiap kementerian serta agensi di
bawahnya disaran untuk menetapkan tempoh petugas kontrak
sekurangnya-kurangnya tiga tahun.



"Sebagai contoh 18,000 pekerja kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) yang ditamatkan kontrak sehingga hujung tahun ini, perkara ini
akan menyebabkan mereka tertekan memikirkan pekerjaan lain," katanya.



- Bernama


No comments:

Post a Comment