Utusan Malaysia
19/4/2015
KOTA
BHARU 19 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedia
mempertimbangkan tuntutan supaya 252 skim gaji dikaji semula termasuk
menaikkan gaji minimum kakitangan awam sehingga RM1,200 sebulan.
AZIH MUDA
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata,
setakat ini maklum balas daripada kerajaan tidak begitu memuaskan
apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyifatkan tuntutan pihaknya
sebagai tidak sesuai selepas mengambil kira keadaan ekonomi semasa.
Dalam
masa sama, jelas beliau, kumpulan penjawat awam rendah terus bergelut
untuk hidup kerana selain gaji pokok yang sememangnya rendah, kadar
kenaikan gaji tahunan sebanyak RM80 setahun juga terlalu 'perlahan' dan
tidak seimbang dengan kadar kenaikan kos sara hidup yang jauh lebih
pantas.
“Sehari
dua ini kita nampak kerajaan menyatakan masa tidak sesuai untuk
kenaikan gaji. Soalnya bukan sesuai atau tidak kerana kalau nak kata
tidak sesuai, sepanjang masa pun tidak sesuai. Kalau benar-benar mahu
menjaga kepentingan penjawat awam rendah, kerajaan kenalah berusaha
membantu mereka,” katanya.
“Kita bagaimanapun
yakin 200 peratus bahawa Perdana Menteri sentiasa prihatin terhadap
nasib golongan penjawat awam rendah ini. Sebab itu kita harap beliau
dapat mengumumkan penambahbaikan 252 skim ini ketika sambutan Hari
Pekerja di Kuching, Sarawak pada 1 Mei ini,” katanya.
Beliau
berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan penutupan
Seminar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Kepenggunaan di Pusat
Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi CUEPACS negeri, Aminuddin Awang.
Akhbar
sebelum ini melaporkan tuntutan CUEPACS supaya kerajaan menaikkan gaji
kakitangan awam sebanyak 35 peratus bagi menjadikan RM1,200 sebulan
sebagai gaji minimum selepas mendakwa gaji terendah yang diterima
golongan itu, iaitu sebanyak RM805 sebulan tidak memadai dan di bawah
paras kemiskinan.
Dalam perkembangan lain,
Azih menggesa kerajaan supaya menarik semula cadangan untuk menamatkan
perkhidmatan kira-kira 46,000 penjawat awam yang dilantik secara kontrak
pada 31 Disember depan.
“Kita
minta jasa baik Perdana Menteri supaya mempertimbangkan perkara ini
kerana sebahagian besar daripada pekerja kontrak ini yang merupakan
pemegang ijazah sudah mempunyai komitmen tersendiri termasuk sudah
berkeluarga. Mereka pasti berdepan kesukaran untuk mencari kerja
baharu,” katanya.
No comments:
Post a Comment